Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Susah jadi orang yang cantik dan popular seperti Neelofa. Ramai yang mengambil kesempatan terhadap populariti pelakon dan pengacara ini sehingga sanggup mewujudkan akaun media sosial palsu menggunakan nama dan gambarnya untuk mendapatkan pengikut.
Bukan itu sahaja, individu yang tidak bertanggungjawab itu juga menyalahgunakan akaun media sosial tersebut untuk memuat naik kenyataan yang tidak sesuai, seolah-olah ia ditulis oleh bekas pengacara program MeleTop itu sendiri.
Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa binti Mohd Noor (31) mengambil kesempatan untuk bercakap tentang isu tersebut menerusi akaun Twitter miliknya dengan menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak wajar dan tidak beretika.
Pelakon drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot ini juga berharap semoga netizen menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak terlalu ghairah dalam menggunakan platform media sosial sehingga sanggup melakukan perkara yang salah.
Tindakan individu menggunakan “nama” dan “profile picture” yang serupa dan dalam masa yang sama, mengeluarkan “tweets” yang kurang bersesuaian adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak beretika. Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna social media yang bijak.
— Neelofa (@Neelofa) June 2, 2020
Pengikut-pengikut Neelofa turut menyarankannya untuk mendapatkan tanda akaun sah atau ‘verified’ supaya kejadian sedemikian tidak berlaku lagi.
“Sebenarnya sudah pernah ‘verified’ sebelum ini. Ada masalah teknikal sikit. Tak mengapa, saya sedang usahakannya,” balas Neelofa dalam satu ciapan.
Actually dah pernah verified before this. Ada technical issue sikit. Hehe. Takpe, working on it now. https://t.co/eArWNYj5dR
— Neelofa (@Neelofa) June 2, 2020
Walau bagaimanapun, jelasnya dia tidak mahu sampai ke tahap terpaksa mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan nama dan wajahnya di media sosial, dan berharap supaya semua orang lebih bertanggungjawab di alam maya.
Haha tak nak lah sampai ke tahap itu. Just berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan “bermedia sosial” ❤️ https://t.co/JvhiJvEaHX
— Neelofa (@Neelofa) June 2, 2020
Dah cukup baguslah Neelofa baik hati tak mahu ambil tindakan. Cukup-cukuplah menipu orang ramai dengan menyamar menjadi selebriti terkenal ok?
Kredit: Harian Metro dan Twitter @neelofa