Kejutan Dari Dini Buat Janna Menangis!

Bersemut akaun media sosial Instagram pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann apabila dia memuat naik sebuah video ketika membuat kejutan hari lahir buat cinta hatinya, pelakon dan pengacara, Janna Nick yang memasuki usia 25 tahun pada 1 Jun yang lalu.

Lebih menarik lagi, Dini melakukan semua persiapan tersebut sendirian, tanpa bantuan dari sesiapa dan mengambil masa kira-kira seminggu untuk merancang kejutan tersebut.

Menurut Dini, dia mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk membuat segala persiapan di lokasi pilihan, malah, memandangkan jangkamasa perancangan yang cukup terhad Dini hanya sempat menempah kek hari jadi sehari sebelum hari kejadian.

Momen paling manis adalah apabila melihat reaksi Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Binti Muner di dalam video tersebut yang tidak dapat menahan tangisan melihat segala usaha Dini untuk mengabadikan kenangan di hari lahirnya berbaloi.

Sebuah tas tangan berjenama Chanel berwarna putih yang dipilih sendiri oleh Dini menjadi hadiah istimewa buat pemenang Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-30 itu.

“Saya dah cakap jangan belikan saya hadiah yang mahal…beli yang murah-murah saja,” kata Janna kepada Dini sambil menitiskan air mata terharu.

Hubungan cinta Dini dan Janna berputik sejak Jun 2019 dan kedua-duanya kelihatan sungguh bahagia dan serasi bersama.

Entri yang mendapat hampir 1.5 juta tontonan itu dibanjiri ucapan manis dari pengikut-pengikutnya yang turut mendoakan kebahagiaan mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat.

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Neelofa Kecewa Dengan Akaun Media Sosial Palsu

Read Next

Hubungan Pasangan Popular Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kecundang Selepas Lima Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *