GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Lima tahun bukanlah jangkamasa yang singkat untuk menyulam cinta dan mengenal hati budi masing-masing, namun jodoh dan ajal di tangan Tuhan. Akhirnya, cinta pasangan pelakon popular, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kecundang di tengah jalan.
Walau bagaimanapun, Mimi menafikan hubungan mereka putus kerana isu populariti mahupun kehadiran orang ketiga. Jelas Mimi, dia mengambil keputusan untuk berpisah lebih kurang sebulan lalu atas dasar tiada lagi persefahaman.
Menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya, Mimi menitipkan doa supaya sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi dan supaya dipertemukan dengan seseorang yang menghampirikan dirinya dengan Allah swt.
Walaupun tiada jodoh antara mereka, Mimi menegaskan hubungannya Syafiq atau nama penuhnya Mohd. Syafiq Shamim bin Abdul Razak itu masih baik dan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama di masa hadapan kerana masing-masing bersikap profesional.
Rata-rata rakan artis seperti Nad Zainal dan Puteri Aishah serta para pengikut Mimi membanjiri ruangan komen entri Instagram tersebut dengan memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Mimi sentiasa tabah mengharungi liku-liku kehidupan.
Namun demikian, ada juga yang sempat menyelitkan komen-komen yang mencuit hati, mungkin dengan harapan dapat menghiburkan hati Mimi yang lara.
“Kerajaan suruh putuskan rantaian Covid-19..bukannya putuskan tali percintaan..adehhh,” tulis salah seorang pengikut Mimi.
Tinjauan Funta.My ke akaun Instagram Syafiq Kyle mendapati pelakon yang popular menerusi watak Ustaz Adam dalam drama bersiri Nur mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak memuat naik sebarang entri yang memberi gambaran tentang keadaan hubungannya dengan Mimi.
Sumber: BH Online dan Instagram @missmimilana