Buang Imej Seksi, Ayah Kilafairy Syukur Anak Berhijab

Ramai yang terkejut dengan keputusan selebriti yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa binti Jahangir Khan  yang mengambil keputusan untuk memakai hijab pada 11 Syawal lalu.

Orang yang paling gembira dengan penghijrahan ini adalah kedua ibu bapa Kilafairy terutama sekali bapanya, apabila mendapat tahu anak yang tersayang memilih untuk membuang imej seksi dan bertudung.

Kilafairy berkongsikan reaksi bapanya menerusi saluran YouTube miliknya dan berkata pada mulanya bapanya mengusik apabila melihatnya bertudung, tetapi kemudian tidak dapat menahan sebak dan  meluahkan rasa syukur apabila Kilafairy menjelaskan yang dia sudah memakai tudung sepenuhnya.

Menerusi video tersebut, pelakon filem Karak itu turut memanjatkan kesyukuran kerana ahli keluarga yang lain turut berasa gembira dan menerima sepenuhnya imej terbaharu itu.

Terdahulu, Kilafairy berkata keputusannya untuk berhijab bukan paksaan oleh sesiapa dan dia telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab kerana Allah swt tetapi mahu cuba membuang imej seksinya perlahan-lahan.

 

https://youtu.be/XdKRGJWffug

Sumber: Rotikaya & Instagram @kilafairyofficial dan YouTube Kilafairy

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Hubungan Pasangan Popular Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Kecundang Selepas Lima Tahun

Read Next

Tiara Jacquelina Akur Puteri Gunung Ledang The Musical Terpaksa Ditangguh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *