Tiara Jacquelina Akur Puteri Gunung Ledang The Musical Terpaksa Ditangguh

Selepas berhempas pulas menjalankan sesi ujibakat bagi mencari bakat yang sesuai untuk memainkan watak-watak dalam Puteri Gunung Ledang The Musical 2020, Puan Sri Tiara Jacquelina akur kerana terpaksa membuat keputusan untuk menunda tarikh pementasan teater muzikal yang gilang gemilang itu.

PGLM sepatutnya dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 3 Julai ini. Walau bagaimanapun, akibat penularan wabak COVID-19 yang masih belum ada vaksinnya, pementasan itu ditangguhkan hingga ke tahun hadapan.

Menurut Ketua Pencetus Impian Kumpulan Enfiniti itu, walaupun berat untuknya membuat keputusan tersebut setelah menanti selama 10 tahun, dia harus mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan semua yang terlibat, termasuklah para penonton yang hadir.

“Dengan penularan wabak yang masih berleluasa dan tarikh pementasan yang hanya berbaki enam minggu, adalah mustahil untuk kami meneruskan rancangan asal.

“Saya faham kehampaan peminat setia PGLM dan mereka yang sudah membeli tiket awal.

“Saya bekerja keras untuk mengembalikan semula kegemilangan PGLM, jadi tentulah keputusan menangguhkan pementasan ini sesuatu yang amat berat untuk dilakukan.

“Bagaimanapun, saya harus mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan pelakon, pasukan produksi dan penonton yang menjadi keutamaan kami.

“Selain itu, saya juga harus akur dengan arahan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Tiara juga berkata mereka yang terlibat membuat persiapan terperinci sejak Disember lalu sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Sepanjang PKP, saya ligat memikirkan cara memastikan pementasan dapat diteruskan.

“Kami turut menimbang idea menganjurkan sesi bacaan dialog dan latihan menyanyi menggunakan aplikasi Zoom serta merekodkan video kareografi agar pelakon boleh berlatih sendiri.

“Pelakon juga sudah boleh menghafal lagu dan babak dalam pementasan itu.  Namun, kami tidak boleh menafikan latihan secara fizikal adalah amat penting sebelum menaiki pentas.

“Kami juga sudah mengenal pasti rekaan set, kandung digital termasuk pakaian, props dan keperluan teknikal untuk PGLM,” katanya lagi.

Terdahulu, PGLM pernah memenangi lapan trofi pada Anugerah Boh Cameronian 2007 termasuk kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik, Rekaan Bunyi dan Muzik Terbaik.

PGLM diilhamkan dari filem Puteri Gunung Ledang pada 2004 arahan Saw Te0ng Hin yang dilakonkan oleh Tiara Jacquelina, M. Nasir, Adlin Aman Ramlie dan pelakon terkenal Indonesia Christine Hakim.

 

View this post on Instagram

 

Dearest fans of PGL and especially the Early Birds who have bought tickets since we first announced the show in November 2019… It’s really heartbreaking for me to have to announce the postponement of Puteri Gunung Ledang (PGL) to next year🥺 All through MCO, all I could think of was how to make the show happen. I’m completely devastated, as the production team, cast and and I have been working so hard to bring this much-loved show back in its full glory. We had contemplated the idea of conducting dialogue and song rehearsals via Zoom, and even thought of recording dance choreography on video for the cast to learn. At this point, almost every cast member already knows the scenes and songs by heart, as we have been workshopping and rehearsing since December 2019! However, we would STILL have needed to rehearse together physically at some point, before going on stage. We have finalised set designs and the digital content as well as costumes, props and technical requirements. We even invested in new technical equipment, in preparation for July. But, sadly, with only 6 weeks to go before our opening night and the pandemic still at large, it looks impossible now. I know you will be so disappointed, and I’m so sorry this happened😥. But the health and safety of our cast, production team and YOU our audiences have to come first right now. We also want to respect and adhere to the government’s rulings on gatherings. The pandemic took us all by shock and surprise and we were forced to hit the pause button. But I PROMISE YOU, that when Puteri Gunung Ledang finally goes on stage next year, it will be the most spectacular show you’ve ever seen. We’ll make it worth your wait. Please accept my love, respect and thanks for your understanding and support during this challenging time for all of us. And please keep supporting performing arts in any way you can. Stay safe everyone, till next year 😭💔 Love, Tiara #PGL2021 #staysafe #PGLMusical #KitaJagaKita #EnfinitiMakesMagic

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina) on

Sumber: BH Online & Instagram @tiarajacquelina

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Buang Imej Seksi, Ayah Kilafairy Syukur Anak Berhijab

Read Next

Farah Nabilah Hamil Anak Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *