Farah Nabilah Hamil Anak Pertama

Pelakon jelita, Farah Nabilah yang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus kini bakal menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi.

Berita gembira ini dikongsikan Farah menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya hari ini.

“Assalammualaikum aunties dan uncles! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwatta Illa Billah.

“Tolong kirimkan doa kalian untuk kami ya? Jadi… mini me or mini mirul? tulisnya sebagai kapsyen.

Pelakon yang mula menempah nama melalui drama bersiri Titian Kasih disamping pelakon kacak, Zul Ariffin itu juga berkongsi dengan umum bahawa kandungannya kini berusia 19 minggu, kira-kira 5 bulan.

Entri tersebut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti seperti Jasmine Suraya dan Raysha Rizrose, serta pengikut-pengikut Farah yang turut mendoakan kehamilan Farah dipermudahkan.

Pada awal Mac yang lalu, Farah dan suami berbulan madu di kepulauan Maldives.

Kami dari team Funta.My ingin mengucapkan tahniah kepada Farah dan suami ke atas perkhabaran gembira ini. All the best!

Kredit: Instagram @farahnabilahofficial

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Tiara Jacquelina Akur Puteri Gunung Ledang The Musical Terpaksa Ditangguh

Read Next

Ditipu Scammer, Sarah Hildebrand Alami Trauma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *