Ditipu Scammer, Sarah Hildebrand Alami Trauma

Siapa sangka, walaupun kerap mendengar cerita orang ramai tertipu dengan ‘scammer’ dalam talian, pelakon berwajah kacukan, Sarah Hildebrand (30) turut menjadi mangsa dan terpaksa menanggung kerugian yang mencecah ribuan ringgit akibat ditipu.

Sarah mendakwa dirinya masih trauma dengan insiden tersebut kerana tidak percaya dia  seakan dipukau setelah menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan pegawai polis pada Selasa lalu.

“Saya menerima panggilan daripada individu yang mendakwa pegawai LHDN pada pagi itu.  Dia memaklumkan saya mempunyai cukai pendapatan tertunggak. ‘Scammer’ bertanya adakah ada individu lain di sisi dan minta saya tidak menjawab panggilan di hadapan orang lain.

“Apa yang pelik, saya mengikuti kehendaknya.  Ia termasuklah apabila scammer meminta saya memindahkan sejumlah wang.  Saya akur dengan permintaan dan terus memandu ke bank.  Saya takut apabila scammer mula meninggikan suara dan menyambungkan panggilan kepada beberap individu lain yang didakwa pegawai polis,” katanya kepada BH Online.

Tambah pelakon drama rantaian Pujaan Hati Kanda itu juga, dalang  penipuan tersebut turut mendakwa bahawa dia terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram dan ini menjadikannya lebih takut dan hanya menurut kehendak mereka tanpa berfikir panjang.

Katanya lagi, dia hanya tersedar  dirinya ditipu hanya selepas meletakkan telefon dan hanya mampu menangis kerana tidak menyangka menjadi mangsa penipuan sindiket tersebut.

Sarah berkongsi pengalaman pahitnya bersama pengikut-pengikutnya di Instagram sebagai peringatan supaya tidak ditipu dengan sewenang-wenangnya.

Sarah mengambil kesempatan ini untuk berehat dari Instagram supaya dapat memberi fokus kepada penggambaran Tunggu Dulu Cinta yang akan dimulakan hari ini dan juga untuk memberi ruang untuk dirinya supaya kembali pulih dari insiden yang dianggap traumatik itu.

Sumber: BH Online dan Instagram @sarahhildebrand

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Farah Nabilah Hamil Anak Pertama

Read Next

“Alhamdulillah Selamat…Kereta Boleh Repair” – Black Hanifah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *