Hamil Tujuh Bulan, Eyra Hazali Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon, Eyra Hazali dan suami, penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli yang bakali menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi membuat perkongsian jantina bayi mereka di Instagram.

Pelakon filem Ratu Kala Jengking itu kini hamil tujuh bulan.

“It’s a boy! Alhamdulillah, mama dan papa tidak sabar nak berjumpa kamu.  Papa paling teruja sebab ada geng sampai siap tempah baju tu,” tulisnya sebagai kapsyen.

Suami Eyra, Haziq turut memuat naik foto yang sama di akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah, syukur ia lelaki. Maaf Eyra, anak lelaki kita akan menjadi geng saya,” tulis Haziq.

Eyra kemudian mengusik suaminya di ruangan komen dan berkata “Jangan gang waktu siang je, 24 jam ye papa.”

Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.

Selepas tiga bulan berkahwin, Eyra membuat pengumuman kehamilan di Instagramnya menerusi satu rakaman video ‘unboxing’ sebagai kejutan kepada  suaminya yang tidak dapat menahan kegembiraan apabila mengetahui isterinya hamil.

Video tersebut mendapat lebih 1,700,000 tontonan sejak Februari.

 

Kredit Instagram @eyra.hazali & @haziqnadzli

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Alhamdulillah Selamat…Kereta Boleh Repair” – Black Hanifah

Read Next

Jual Rumah RM3.6 Juta, Laudya Cynthia Bella Didakwa Muflis?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *