Jual Rumah RM3.6 Juta, Laudya Cynthia Bella Didakwa Muflis?

Status rumah tangga pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suami, Engku Emran menjadi tanda tanya apabila kedua-duanya tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman media sosial masing-masing.

Lebih-lebih lagi, apabila mereka tidak lagi kelihatan bersama dan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung walaupun pada ketika itu negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca: Tiada Foto Berhari Raya Bersama Suami, Bella Dikatakan Sudah Bercerai?

Baru-baru ini, Tribunnews melaporkan Bella sedang di dalam proses menjual kediaman mereka yang terletak di Jakarta Selatan yang difahamkan berharga kira-kira RM3.6 juta.

Jiran tetangga di kawasan perumahan terbabit memberitahu terdapat beberapa orang calon pembeli yang berminat dan sudah meninjau kediaman berkenaan.

“Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo…tapi tak jadi, halamannya kecil, kata Titi Hayati menerusi Youtube Indosiar.

Terdapat desas-desus yang mendakwa rumah itu dijual kerana Bella sudah jatuh muflis.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki yang diberi tanggungjawab melakukan pengubahsuaian kediaman Bella enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu.

“Kalau fasal dia bankrap, itu saya kurang tahu,” katanya yang hanya mengikut arahan memperbaiki kediaman itu sahaja.

Umum tahu, sebelum ini Engku Emran pernah berkahwin dengan pelakon jelita, Erra Fazira pada 2007 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

Emran dan Bella mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2017, tiga tahun selepas Emran bercerai dengan Erra pada tahun 2014.

Hubungan Bella dengan bekas isteri Emran, Erra dan anak tirinya Aleesya sungguh akrab, jadi berita penceraian itu sudah tentu mengejutkan semua pihak.

https://www.instagram.com/p/CBKOJVJJM0n/?igshid=1o8q5me1koy8u

Sumber : Tribunnews & Harian Metro

Read Previous

Hamil Tujuh Bulan, Eyra Hazali Bakal Timang Anak Lelaki

Read Next

Murah Rezeki… Sugu Pavithra Pindah Rumah Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *