Murah Rezeki… Sugu Pavithra Pindah Rumah Baharu

S. Pavithra, YouTuber popular Malaysia yang terkenal dengan video masakannya baru-baru ini mendedahkan yang dia sudah berpindah ke kediaman baharu bersama keluarganya.

Menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTubenya, S. Pavithra (28) sedang membersihkan rumah sebelum membawa barang-barang masuk.

Pavithra dibantu suami, M. Sugu (29), kakak ipar dan anak saudaranya dan mereka melakukan kerja-kerja pembersihan dengan begitu tertib dan teliti dari dapur, ruang tamu, bilik hingga kawasan luar rumah.

“Ini dia rumah baru kami, dekat Sungai Siput je. Kami tak pergi mana-mana..sangat luas ye rumah ni,”katanya.

Tambah Pavithra lagi, rumah baharu mereka terletak di Pekan Sungai Siput, berhampiran dengan rumah ibu mertuanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut Pavithra dan Sugu yang memuji cara mereka membersihkan rumah.

“Melihat cara Sugu dan Pavithra basuh rumah…memang pembersih mereka ni,”

“Terbaiklah…bersih! Hilang segala kuman-kuman. Moga terus maju jaya jaya ye Pavithra dan suami,”

“Cara dia bersih rumah, sama seperti cara dia memasak. Sangat sistematik!” antara komen-komen dari peminat Sugu dan Pavithra.

Dalam satu video berasingan, Pavithra memberitahu bahawa suaminya telah berhenti kerja sebagai buruh ladang untuk memberi tumpuan kepada akaun YouTube mereka.

Walaupun pernah menjadi mangsa buli siber, sikap rendah diri pasangan ini dipuji orang ramai yang turut mendoakan mereka bahagia di rumah baharu dan sentiasa dilimpahi rezeki yang murah dan kejayaan dalam hidup mereka.

https://youtu.be/j4832YZV6pM

Baca: Sugu Pavithra Mangsa Buli Siber?

Baca: “Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja,” -Sugu Pavithra Sangkal Dakwaan Mendapat Ribuan Ringgit

Kredit: YouTube Sugu Pavithra

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Jual Rumah RM3.6 Juta, Laudya Cynthia Bella Didakwa Muflis?

Read Next

Intan Najuwa Serah Pada Jodoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *