Intan Najuwa Serah Pada Jodoh

Pelakon jelita, Intan Najuwa (23) baru-baru ini menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambar sedang bersandar di bahu seseorang yang kelihatan seperti bekas tunangnya, ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli (39) di Instagram.

Malah, pengikut-pengikut Intan juga membuat spekulasi masing-masing, adakah cinta kembali bertaut buat pasangan itu?

Mengesahkan bahawa sememangnya individu tersebut adalah Razrul, Intan berkata walaupun pertunangan mereka putus pada Februari lalu, mereka masih berhubung dan mengekalkan persahabatan.

“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa.  Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.

“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama, orang menganggap kami macam budak-budak pula.  Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’.  Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.

“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun.  Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami.  Semuanya okay saja.

“Kalau ada jodoh, adalah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2019 secara meriah di Thistle Hotel, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran ke-22 pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu.

Kredit: Harian Metro & Instagram @intannajuwa

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Murah Rezeki… Sugu Pavithra Pindah Rumah Baharu

Read Next

Ambil Lima Tahun Nak ‘Move On’, Fathia Doakan Aiman Bahagia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *