Ambil Lima Tahun Nak ‘Move On’, Fathia Doakan Aiman Bahagia

Pelakon jelita, Fathia Latiff yang baru-baru ini kembali berhijab sebelum Ramadan lalu mengakui pernah menghadapi hari-hari yang sukar selepas putus cinta dengan aktor kacak, Aiman Hakim Ridza beberapa tahun lalu.

Menurut Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia binti Abdul Latiff, dia mengambil masa lebih kurang 5 tahun untuk mampu melupakan luka yang dihadapi apabila hubungan cintanya dengan Aiman kecundang di tengah jalan pada tahun 2015.

“5 tahun itu tak mudah, Allah saja tahu betapa susahnya untuk saya nak ‘move on’.

“Tapi Alhamdulillah berkat doa keluarga dan semua, saya berjaya tempuhinya perlahan-lahan biarpun lambat.

“Sekarang saya gembira dengan kehidupan saya dan mahu maju ke hadapan serta lupakan kisah-kisah silam,” katanya kepada Astro Gempak.

Sekadar info, Fathia dan Aiman bercinta selama dua tahun sebelum hubungan mereka putus di tengah jalan pada tahun 2015.

Terdahulu, Aiman juga pernah memasang niat untuk memperisterikan Fathia apabila ditemubual BH Online  tetapi manusia hanya merancang, tetapi Allah menentukan segalanya.

Aktor itu kini melayari bahtera perkahwinan dengan pelakon Zahirah Macwilson yang dinikahinya pada 20 Februari lalu.

Walaupun sukar untuk dia melupakan orang yang pernah mendapat tempat di hatinya, Fathia tumpang gembira dengan kehidupan baharu Aiman dan mendoakan kebahagian Aiman dan Zahirah.

“Saya doakan mereka berdua bahagia dan kekal hingga ke syurga,” tambah Fathia yang mengecapi populariti melalui drama rantaian Nur Kasih di samping Tiz Zaqyah dan Remy Ishak pada 2009.

Kredit: Astro Gempak & Instagram @fansethia

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Intan Najuwa Serah Pada Jodoh

Read Next

“Lelaki Atau Perempuan Perkara Kedua” – Fazura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *