“Lelaki Atau Perempuan Perkara Kedua” – Fazura

Seri bakal ibu jelas terserlah di raut wajah pelakon popular, Nur Fazura yang kini sedang hamil bayi sulungnya bersama suami, Fattah Amin dan kandungannya kini telah mencecah enam bulan.

Fazura menjelaskan dia tidak tahu jantina bayi yang bakal dilahirkan pada Oktober ini  dan berharap para peminat tidak obses untuk meneka jantina bayi mereka, kerana yang penting adalah mendoakan kesihatan bayi dalam kandungan.

Ada yang kata bayi lelaki dan ada meneka bayi perempuan.  Pada saya, lelaki atau perempuan itu perkara kedua.

“Apa yang penting, doakan semoga bayi ini sihat dan saya selamat bersalin,” katanya kepada BH Online

Tambah Fazura lagi, dia tidak mengalami sebarang alahan, malah nafsu makannya semakin baik.

“Saya sihat sahaja, tiada sebarang alahan dan makin kuat makan,” katanya lagi.

Walaupun bakal menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka, Fazura dan Fattah tidak seperti segelintir individu yang ghairah membeli barang keperluan bayi sejak awal kehamilan dan mengakui masih belum mula membeli barang-barang keperluan bayi buat cahaya mata sulung mereka.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 di Kuala Lumpur selepas mengenali hati budi masing-masing setelah bergandingan di dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

April lalu, pelakon Dendam Pontianak itu mengesahkan dirinya hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit: BH Online & Instagram @missfazura

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Ambil Lima Tahun Nak ‘Move On’, Fathia Doakan Aiman Bahagia

Read Next

‘The Joker’ Djokovic Positif Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *