‘The Joker’ Djokovic Positif Covid-19

Novak ‘The Joker’ Djokovic, pemain tenis bertaraf dunia dari Serbia, menjadi pemain keempat yang dijangkiti wabak Covid-19 setelah disahkan positif selepas beraksi di kejohanan pertunjukan tenis di negara Balkan.

Peringkat akhir Jelajah Adria di Bosnia dibatalkan setelah Djokovic dan tiga lagi pemain iaitu Grigor Dimitrov, Borna Coric dan Viktor Troicki didapati positif Covid-19 dan mereka dijangkiti lebih awal dari Djokovic.

Walaupun Djokovic tidak menunjukkan sebarang simptom, malangnya isterinya, Jelena turut didapati positif manakala ujian ke atas anak pasangan itu didapati negatif Covid-19.

“Saya meminta maaf kepada semua yang terbabit dengan jangkitan ini.

“Saya berharap tidak akan menjejaskan kesihatan orang sekeliling dan berharap segala-galanya berada dalam keadaan baik,” kata Djokovic dalam satu kenyataan.

Djokovic dan isterinya, Jelena

Djokovic yang pernah memenangi 17 gelaran Grand Slam akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

Difahamkan pemain berusia 33 tahun itu dan pemain lain yang dijangkiti Covid-19, tidak mengambil serius garis panduan kesihatan yang diberikan oleh WHO (World Health Organization) dan mengamalkan penjarakan sosial pada jarak minima, disamping mengunjungi kelab malam dan berpelukan di jaring selepas tamat perlawanan.

Sumber: Harian Metro

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Lelaki Atau Perempuan Perkara Kedua” – Fazura

Read Next

S. Pavithra Nafi Berjinak Dalam Dunia Model

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *