S. Pavithra Nafi Berjinak Dalam Dunia Model

“Saya tak akan jadi model.  Saya mahu terus lakukan rutin seperti biasa dengan memasak dan berkongsi kandungan di YouTube, selain jadi ibu dan isteri,” jelas YouTuber popular Malaysia, S. Pavithra (28) ketika ditemubual BH Online.

Pavithra mencuri tumpuan ramai apabila kelihatan persis seorang model profesional setelah ditata rias oleh jurusolek, Razzi Musa sambil menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia, Bernard Chandran, Rizman Ruzaini dan Wanpa Official untuk satu portal gaya hidup, fesyen dan hiburan, Pepatung baru-baru ini.

Pavithra yang baru sahaja pindah ke rumah baharu di Pekan Sungai Siput bersama suami, M. Sugu dan kedua anak mereka berkata, dia hanya orang biasa dan ia merupakan sesi fotografi pertama dan terakhirnya.

“Saya hanya penuhi permintaan portal.

“Saya orang biasa. Saya selesa dengan status itu.  Saya sebolehnya menolak hendak ditemubual di televisyen (TV),” katanya lagi.

Jelas Pavithra, dia bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Penerimaan yang memberangsangkan dari masyarakat dalam dan luar negara terhadap video masakannya di YouTube amat mengejutkannya tetapi Pavithra bersyukur kerana mampu berkongsi rezeki tersebut dengan ahli keluarga yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya hari ini.

“Saya mula berjinak-jinak dengan dunia YouTube sejak 28 Januari lalu.  Saya lakukannya dengan sokongan suami, anak dan keluarga.

“Pada awalnya, saya tidak yakin, apakah orang akan suka cara saya memasak.  Saya terfikir ada tak orang hendak tengok video memasak saya?

“Tapi sesuatu yang tidak terduga, sambutan diterima sangat positif dan menggalakkan.  Mahu buka akaun YouTube ini pun kena ada syarat termasuk mendapatkan 1,000 pelanggan.  Dalam hati terfikir, boleh tak dapat 1,000 pelanggan?” katanya.

Siapa sangka, kini Pavithra memiliki lebih 730,000 pelanggan di saluran YouTube, Sugu Pavithra walaupun hanya 6 bulan sejak memuat naik video masakannya di YouTube!

Semoga terus sukses, S. Pavithra dan M. Sugu!

Kredit: BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

‘The Joker’ Djokovic Positif Covid-19

Read Next

Setahun selepas Pengasas Dnars Maut Dalam Nahas Jalan Raya, Anak Sulung Ditangkap Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *