Joe, Nini Sah Nikah Dalam Satu Lafaz

Penyanyi rap dan hip-hop popular Malaysia, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan bin Ishak telah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Marini Ramlan pagi tadi.

Majlis pernikahan berlangsung secara ringkas, dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa.

Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada April lalu, terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh pihak kerajaan.

“SAH! Tahniah kamu berdua. Alhamdulillah 2.5 bulan lebih lewat dari tarikh asal tapi yeay! Selamat datang @flizzow ke keluarga kecoh kami!” tulis Nyna, sepupu kepada Marini atau lebih mesra dipanggil Nini.

Pasangan mempelai kelihatan segak dan cantik memakai baju melayu dan kurung pahang di dalam rona krim yang diperbuat dari kain Tenun Pahang diRaja.

Wanita yang mencuri hati  ‘Mr President’  ini disolek oleh jurusolek popular pilihan selebriti dan VVIP Malaysia, Khir Khalid dan rambut digayakan oleh Ckay Liow dan Nini kelihatan anggun jelita persis pelakon melayu klasik.

Pada majlis pernikahan tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak pengantin perempuan. Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan oleh kedua pihak.

Sekadar info, Nini dan Joe mengikat tali pertunangan pada 28 Disember lalu.

Kredit: Instagram @nynamohsen & BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Setahun selepas Pengasas Dnars Maut Dalam Nahas Jalan Raya, Anak Sulung Ditangkap Polis

Read Next

Mutasi Virus Dalam Khinzir Bakal Bawa Pandemik Baru?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *