Setahun selepas Pengasas Dnars Maut Dalam Nahas Jalan Raya, Anak Sulung Ditangkap Polis

Anak kepada Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk kosmetik Dnars yang maut di dalam nahas jalan raya di Pattani, Thailand Mei tahun lalu, Iqbar Hakim Jasman dikatakan telah ditahan polis di Seri Pentas TV3 selepas selesai siaran langsung Wanita Hari Ini pada Rabu.

Menurut sumber terdekat, Iqbar ditahan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh isteri baru kepada bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Bin Ibrahim berhubung satu pertengkaran di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang semalam.

Bekas suami Allahyarham Fazian Rohban Ahmad dikatakan telah menikahi seorang wanita dari Kelantan, Ain Syahirah dan pernikahan itu mendapat tentangan keluarga.

Sebelum ini, Iqbar dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan bapa tirinya yang dikenali selama 10 tahun sejak arwah ibunya berkahwin dengan Ahmad Shah Rizal.

Walau bagaimanapun, kami difahamkan bapa tiri memilih untuk memihak kepada isteri baru dan bertindak untuk membuat laporan polis dan mendakwa Iqbar di Mahkamah walaupun baru sahaja mengenali Ain lebih kurang 6 bulan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Iqbar akan dihadapkan ke mahkamah untuk tahanan reman. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga ini ya?

Allahyarham meninggalkan 8 orang cahaya mata dan Iqbar Hakim Jasman merupakan anak sulung Allahyarham. Mereka ini adalah amanah buat Ahmad Shah Rizal. Sayang sekali jikalau keluarga Allahyarham berpecah-belah hanya setahun selepas Arwah meninggal dunia.

Kredit Foto: Astro Gempak

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

S. Pavithra Nafi Berjinak Dalam Dunia Model

Read Next

Joe, Nini Sah Nikah Dalam Satu Lafaz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *