Mutasi Virus Dalam Khinzir Bakal Bawa Pandemik Baru?

Tatkala dunia masih belum menemui vaksin bagi wabak COVID-19, kini kita dikejutkan pula dengan penemuan oleh sekumpulan saintis dari China yang dikatakan telah menemui strain virus “G4” dari H1N1 semasa membuat kajian terhadap virus influenza yang ditemui dalam khinzir dari tahun 2011 hingga 2018.

Virus yang ditemui itu mempunyai persamaan genetik dengan influenza Selsema Babi atau ‘Swine Flu’ yang menjadi pandemik influenza pada awal 2009 hingga akhir 2010.

Pakar berpendapat, virus yang dibawa oleh khinzir ini boleh menjangkiti manusia dan kebarangkalian untuk ia berpotensi menjadi pandemik baru adalah tinggi.

Menurut satu laporan penyelidikan dalam jurnal ‘Proceedings of the National Academy of Sciences’ saintis yang membuat kajian tersebut berpendapat walaupun virus berkenaan hanya terdapat pada khinzir buat masa ini, ia mampu menjangkiti manusia jika virus itu bermutasi dan penularan wabak baru mungkin terjadi.

Memetik laporan Mirror UK, virus itu mampu menyebabkan masalah penafasan pada manusia kerana strain yang dinamakan G4 EA H1N1 itu boleh membiak dan berkembang dalam sel yang didapati dalam saluran penafasan.

Kajian terhadap penternak khinzir mendapati peningkatan tahap virus di dalam darah mereka, dan saranan pakar agar pemantauan rapi dan segera dilakukan terhadap populasi manusia terutama sekali mereka yang bekerja di industri ternakan khinzir.

Sumber: BBC.Com, Mirror UK, Star.com.my

Kredit foto: Astro Awani

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Joe, Nini Sah Nikah Dalam Satu Lafaz

Read Next

“Tidak Lama Lagi…” – Bakal Timang Anak Kedua, Kandungan Bella Sudah 37 Minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *