GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang sedang hamil anak keduanya mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik foto terbaru di hadapan hospital sambil menggayakan gaun hijau yang menunjukkan ‘baby bump’.
Menurut Bella, kandungannya kini berusia 37 minggu dan dia mengakui akan merindui tempoh kehamilan selepas bersalin kelak.
“Selesai buat pemeriksaan kehamilan. Bila sudah bersalin nanti, pasti saya akan merindui tempoh kehamilan ini.
“Rasai sendiri tendangan bayi dan kehangatan dia bermain di dalam perut ini, sangat berharga.
“37 minggu hamil dan bila-bila masa sahaja dari sekarang,” tulisnya sebagai kapsyen entri itu di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikut Bella turut teruja dan mendoakan semuanya dipermudahkan buat isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz itu.
Sekadar info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.
Terdahulu, rumah tangga pasangan ini dilanda badai apabila Aliff kerap kantoi curang dengan wanita lain dan mereka sah bercerai pada Mei 2019 tetapi kembali rujuk dalam tempoh iddah.
Kredit: Instagram @bellaastillah & Astro Gempak