Suami Terkedu Lihat Imej Baru Cik Manggis Tapi…

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Nurshazwani Shamsuddin (30) atau lebih dikenali sebagai Cik Manggis telah mula mengenakan hijab sejak Ahad lalu.

Berita gembira ini disahkan oleh empunya diri kepada BH Online.

“Saya berhijab bukan untuk tatapan umum, sebaliknya untuk diri sendiri.  Namun, saya tidaklah merahsiakan, siapa yang bertanya, saya kongsi.

“Soal mengapa saya berhijrah, saya pilih untuk simpan sendiri.  Kalau saya berkongsi, saya fikir ia tidak istimewa.  Saya mahu rasakan ia sebagai suatu nikmat buat diri sendiri,” katanya.

Walau bagaimanapun, Cik Manggis mengaku bahawa dia mendorong diri sendiri untuk berhijrah kerana semua orang mahu jadi versi mereka yang lebih baik dari sebelumnya.

“Kita semua hidup dalam proses memperbaiki diri.  Setiap hari, kita mahu menjadi yang lebih baik.

“Jadi, saya mahu mendorong diri menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek,” katanya lagi.

Kongsi Cik Manggis lagi insan yang paling gembira melihat imej baharunya tentulah suami tersayang, Syazmin Firdaus Aminuddin, bekas pemain bola sepak pasukan Kuala Lumpur FA yang dikahwini pada 18 Oktober 2014.

“Pada hari pertama saya berhijab, kebetulan kami mahu keluar.  Apabila dia melihat saya bertudung, suami bagai terkedu sekejap.

“Suami beritahu itulah momen paling gembira buatnya seumur hidup.  Namun, dia tidak terkejut kerana proses penghijrahan ini saya lakukan bersamanya,” kata penyanyi kepada kumpulan trio De Fam itu.

Menurut Cik Manggis dia tidak merasakan imej baharunya akan memberi kesan buruk kepada kerjaya De Fam kerana dia masih akan meneruskan perjuangan di dalam industri muzik bersama ahli kumpulan yang lain iaitu Azira dan Sophia dan mereka juga menerima baik penghijrahannya.

Dalam perkembangan terbaharu,  kumpulan De Fam bakal tampil dengan single baharu pada September depan selepas terpaksa ditunda akibat penularan wabak COVID-19.

Kredit: BH Online & Instagram @cikmanggis

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Tidak Lama Lagi…” – Bakal Timang Anak Kedua, Kandungan Bella Sudah 37 Minggu

Read Next

“Doakan Saya” – Elly Mazlein

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *