“Doakan Saya” – Elly Mazlein

Pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak, Elly Mazlein tidak menafikan desas desus yang mengatakan dia kini hamil anak pertama dengan suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh tetapi berkata ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina itu juga berkata dia tidak akan menyorok jika mempunyai berita kehamilan dan meminta peminat-peminat untuk mendoakannya.

“Kalau dah okay, dah kuat, dah sah, Kak Lina akan kongsikan.  Masih awal lagi untuk bercerita pun.

Doakan Kak Lina ya.  Kalau ada berita kehamilan, Kak Lina akan kongsikan.  Jadi doakan kesejahteraan dan semoga dikurniakan rezeki cahaya mata, ” katanya kepada Harian Metro.

Tak dinafikan juga, selepas berkahwin dengan jejaka yang dikenali sebagai Papa Awan Nano itu, rezeki Kak Lina makin melimpah-limpah!

Drama bersiri komedi Kampung People lakonan Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Hun Haqeem juga mendapat pujian dari penonton dan mencetus fenomena dan bakal memasuki penggambaran musim kedua tidak lama lagi.

Sekadar info, Elly dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 18 Januari lalu dan ini merupakan perkahwinan pertama buat Azlan dan yang kedua buat Elly. Melalui perkahwinan terdahulu, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Sara Sefhia

Kredit: Harian Metro & Instagram @iamellymazlein

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Suami Terkedu Lihat Imej Baru Cik Manggis Tapi…

Read Next

“Nak Batuk Pun…” – Aedy Ashraf Sambut Baik SOP Penggambaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *