“Nak Batuk Pun…” – Aedy Ashraf Sambut Baik SOP Penggambaran

Alhamdulillah, kini pelakon dan kru penggambaran dapat bertugas seperti biasa tetapi harus mengamalkan norma baharu dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang digariskan oleh kerajaan.

Antara yang menyambut baik seruan ini adalah pelakon, Aedy Ashraf yang menyifatkan tindakan dan pelaksanaan SOP adalah langkah terbaik kerana secara tidak langsung semua kru dan pelakon lebih menjaga kebersihan di tempat kerja.

Menurutnya, sebelum ini orang ramai bersin dan batuk sesuka hati tanpa menghiraukan keadaan sekeliling tetapi kini semua orang lebih peka.

“Bagi saya sangat bagus apabila adanya SOP baharu bagi kru produksi penggambaran kerana boleh meningkatkan kesedaran tentang kebersihan

“Kalau dulu orang boleh bersi dan batuk sesuka hati sekarang lebih cermat dan berhati-hati.

“Nak batuk pun pergi tandas dan tutup mulut,” katanya kepada Astro Gempak.

Walau bagaimanapun, pemilik nama penuh Mohammed Zaedy Ashraf Bin Rosmadi (26) ini berkata dia tidaklah ‘paranoid’ tetapi sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa ‘hand sanitizer’ dan topeng muka sepanjang di set penggambaran sebagai langkah pencegahan.

“Tak adalah saya paranoid beriya-iya, cukup sekadar sanitizer dan mask sepanjang masa. Asalkan kita menjaga kebersihan itu dah memadai,” katanya lagi.

Betul tu, selagi pakar belum menemui vaksin bagi wabak COVID-19 yang melanda dunia, kita masih belum menang! Sentiasa jaga kebersihan, pakai hand sanitizer dan mask jika berada di tempat awam  dan jaga penjarakan sosial, okay?

Kredit: Astro Gempak & Instagram @aedyxashraf

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Doakan Saya” – Elly Mazlein

Read Next

Pelakon Broadway Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *