“Saya masih tidak percaya dan berasa amat sedih. Hati saya hancur kerana saya tidak boleh membayangkan hidup tanpanya,” tulis Kloots sambil berterima kasih kepada doktor yang merawat suaminya dan ahli keluarga dan sahabat handai yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi semangat kepada mereka sekeluarga.
Cordero (41) mula mendapatkan rawatan di hospital selepas mengalami gejala virus COVID-19 pada 30 Mac lalu.
Pada mulanya, ujian pertama COVID-19 adalah negatif, tetapi dia disahkan dijangkiti virus tersebut beberapa hari kemudian.
Menurut Kloots, suaminya tidak mempunyai masalah kesihatan lain, namun jangkitan virus tersebut menyebabkan Cordero mengalami dua strok kecil, kejutan septik dan infeksi paru-paru.
Dia kemudiannya terpaksa diletakkan dalam keadaan koma selama 18 hari di ICU sebelum kakinya dipotong.
Selain Kloots, Cordero turut meninggalkan seorang anak lelaki bernama Elvis.
Antara pementasan Broadway yang pernah dibintangi Cordero ialah Waitress, A Bronx Tale dan Bullets Over Broadway yang diadaptasi dari filem arahan Woody Allen di mana Cordero menerima nominasi untuk Anugerah Tony.