Zul Ariffin Beralih Arah?

Pelakon popular, Zul Ariffin tidak sangka cubaan pertama cuba berjinak-jinak sebagai hos program Melodi bersama Janna Nick adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana selama ini dia hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya lakonannya.

“Rasa gementar itu pasti ada, apalagi ia perkara baharu buat saya.  Namun, saya tidak mahu terlalu menekan diri kerana ia percubaan pertama.

“Apa yang saya buat adalah menjadi diri sendiri sahaja sepanjang mengacara di samping Janna.  Dalam fikiran saya, cuma mahu berseronok dengan tugasan itu.

“Disebabkan itu, saya tunjukkan gaya penyampaian yang semula jadi tanpa melebih-lebih atau berpura-pura.  Yang penting, saya dapat sampaikan setiap maklumat dengan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Walaupun mengakui tidak biasa dengan perkara teknikal semasa bersiaran, Zul berkata keseluruhan produksi Melodi sangat membantu dalam melancarkan tugasannya sewaktu siaran langsung program itu.

“Cabaran saya banyak pada bahagian teknikal, di mana saya kurang biasa dapat arahan menerusi mikrofon telinga selain kena tengok banyak kamera.

“Bagaimanapun, saya puji pasukan Melodi yang tidak lokek membantu saya termasuk Janna sendiri. Mujur Janna ada sebagai teman, kalau buat sendiri, memang saya tak mampu,” katanya lagi.

Selalu menjadi bahan gosip, pelakon filem sensasi Sangkar ini berkata kini gilirannya pula untuk bercerita perihal orang lain dan merasakan perkara itu sesuatu yang melucukan.

“Tidaklah sampai rasa canggung, cuma rasa kelakar apabila saya pula yang bercerita mengenai artis lain.  Maklumlah, saya sendiri sebelum ini pun kerap jadi material program berikutan pelbagai gosip.

“Apapun, saya tidak menolak untuk melakukannya lagi pada masa hadapan.  Pastinya, pengalamana itu akan mengajar saya untuk memperbaiki lagi kemahiran kelak,” tambah Zul.

Hmmm…agaknya produksi manakah yang akan menyunting pelakon popular bertubuh sasa dan bersuara ‘jantan’ ini untuk mengacara?

Pasti ramai peminat-peminat pemilik nama Zulkifli Ariffin ini yang setia menunggu di hadapan televisyen untuk melihat pelakon pujaan mereka beraksi sebagai hos! Betul tak?

Kredit: Harian Metro & Instagram @zul_ariffin

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Pelakon Broadway Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Read Next

Emma Maembong Sahkan Hamil Anak Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *