Emma Maembong Sahkan Hamil Anak Pertama

Pelakon jelita Emma Maembong mengesahkan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Emma memuat naik foto bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dengan kapsyen “Percutian bulan madu pertama dan terakhir berdua bersama suami. Tak sabar untuk bertemu dengan mu, bayiku.”

Di dalam foto tersebut, Emma kelihatan sungguh gembira di samping suami tersayang dan kedua-duanya memakai pakaian serba putih mengabadikan kenangan bersama ‘baby bump’  di sekitar Dash Resort, Langkawi, lokasi bulan madu mereka.

“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.

“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman.  Kini saya melalui fasa indah ini,” kongsinya dengan BH Online.

Terdahulu, Emma bernikah denga juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu dan difahamkan kandungan Emma kini mencecah  empat bulan dan mereka bakal menyambut kehadiran cahaya mata sulung pada November depan.

Kredit: BH Online & Instagram @emma_maembongofficial

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Zul Ariffin Beralih Arah?

Read Next

Sharifah Sakinah Mengaku Bercerai…”Saya Tidak Boleh Jadi Isteri Yang Baik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *