Sharifah Sakinah Mengaku Bercerai…”Saya Tidak Boleh Jadi Isteri Yang Baik”

Pelakon Sharifah Sakinah (31)  mengesahkan sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya, juruterbang, Aliff Adha  Jamil sejak bulan Mac dan telah berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik.  Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, tersebar gosip suami seorang pelakon wanita aktif menggunakan aplikasi ‘dating’ di internet dan individu itu dikatakan adalah Aliff dan perbuatan tersebut mencetuskan spekulasi tentang status perkahwinan mereka.

Walau bagaimanapun, Sakinah menafikan perpisahan mereka disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik.  Saya sedar kekurangan diri.  Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’…itu haknya. Suka hati dia lah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing…Itu sebaik-baiknya,” kata pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu.

Mudah-mudahan dengan penjelasan Sakinah, netizen tidak lagi berteka-teki dengan status perkahwinannya.

Selepas ini, kalau nampak Aliff dan Sakinah keluar dengan orang lain, tak lah terkejut kan?

Sumber: BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Emma Maembong Sahkan Hamil Anak Pertama

Read Next

Fasha Sandha Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *