Fasha Sandha Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

“Another Drama Queen” kata-kata yang keluar dari mulut pelakon popular, Fasha Sandha di dalam video yang dirakamkan oleh usahawan kosmetik Rita Sosilawati yang merancang   majlis kejutan ‘baby shower‘ semalam di samping ahli keluarga dan sahabat karib Fasha yang lain.

Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, Fasha berkongsi foto-foto sekitar majlis yang bertemakan rona merah jambu bersesuaian dengan jantina cahaya mata pertamanya dengan suami, pelakon Aidil Aziz yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Saya tak percaya kamu semua telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merancang dan mengadakan majlis kejutan baby shower ini.  Pastinya tidak mudah dan saya sangat amat berterima kasih,” tulisnya sebagai kapsyen.

Sekadar info, pemilik nama Nur Fasha Sandha binti Hassan (36) mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

Oleh itu, Fasha dan suami mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak menguar-uarkan kehamilannya pada kali ini dan memilih untuk berdiam diri walaupun netizen sudah membuat spekulasi.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli (7) dan Putri Raysha Jemyma (6) dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli.

Kredit: Astro Gempak & Instagram @fashasandha

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Sharifah Sakinah Mengaku Bercerai…”Saya Tidak Boleh Jadi Isteri Yang Baik”

Read Next

Kelly Preston Akhirnya Tewas Kanser Payudara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *