Mayat Naya Rivera Ditemui Terapung

Teka-teki tentang apa yang berlaku pada pelakon siri televisyen popular Glee, Naya Rivera (33) akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui terapung di dalam Tasik Piru, Selatan California, Amerika Syarikat.

Minggu lalu, kecoh tentang kehilangan Rivera apabila anaknya yang berusia empat tahun, Josey Hollis Dorsey ditemui sedang tidur di dalam bot yang disewa untuk bersiar-siar di tasik berkenaan.

Rivera dikatakan pergi berenang sebelum hilang dan disyaki lemas kerana tidak pulang ke bot selepas beberapa jam.

Pasukan penyelam menggunakan peralatan sonar untuk meneruskan pencarian Rivera dalam tasik selain bantuan helikopter dan anjing pengesan.

Rivera yang membawa watak Santana Lopez di dalam siri Glee selama enam musim dikatakan menjadi pelakon ketiga yang menjadi mangsa sumpahan ‘Glee’ selepas dua bintang dari siri yang sama meninggal dunia. Cory Monteith meninggal dunia pada Julai 2013 akibat terlebih dos dadah dan alkohol dan Mark Salling pula membunuh diri pada 2018.

Terdahulu, Rivera berkahwin dengan pelakon Ryan Dorsey dan mempunyai seorang cahaya mata, Josey. Namun mereka bercerai pada 2018.

Kredit: BH Online

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Kelly Preston Akhirnya Tewas Kanser Payudara

Read Next

Adam Levine Kongsi Kesedihan Kehilangan Kelly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *