GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Beberapa hari lalu, seluruh dunia terkejut dengan berita kematian isteri aktor terkenal John Travolta iaitu Kelly Preston yang tewas setelah dua tahun bertarung dengan kanser payudara dan vokalis Maroon 5, Adam Levine tidak terkecuali.
Levine menerusi kemas kini di Instagram memberi penghormatan terakhir buat mendiang Kelly Preston dengan memuat naik foto bersama sewaktu Kelly muncul di dalam muzik video lagu popular Maroon 5 berjudul ‘She Will Be Loved’.
“Inilah ciuman pura-pura saya yang pertama, kami akan merinduimu Kelly.
“Kamu akan sentiasa berada di tempat yang istimewa dalam hati saya,” tulisnya sebagai kapsyen.
Muzik video lagu yang popular pada tahun 2004 itu mengisarkan hubungan ‘kekasih gelap’ Kelly dan Adam yang merupakan teman lelaki kepada anaknya.
View this post on Instagram
My first pretend kiss…We will miss you Kelly. You’ll always hold a special place in my heart.
Terdahulu, John Travolta berkongsi berita dukacita bahawa isterinya yang berusia 57 tahun itu meninggal dunia akibat kanser payudara dan memaklumkan bahawa dia akan berehat seketika untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka, Ella (20) dan Benjamin (9) yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang.
Baca: Kelly Preston Akhirnya Tewas Kanser Payudara
Kredit: Astro Gempak & Instagram @adamlevine