Mira Filzah Bertunang Dan Bakal Kahwin Oktober

Pelakon popular, Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman kini sudah bergelar tunangan orang! Mira mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasih hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

“Status sekarang dah bertunang,” katanya dipetik Harian Metro.

Walau bagaimanapun, Mira tidak mahu mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pertunangannya tetapi memaklumkan mereka sedang membuat persiapan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung Oktober ini.

“Saya dan bersedia (untuk mendirikan rumah tangga) dan kini sedang dalam fasa ‘on going’ (persediaan).

Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya lagi.

Mira menambah, dia akan memaklumkan kepada pihak media tentang majlis perkahwinannya itu nanti sekiranya semua berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media.

“Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,”kata pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu.

Semoga semua persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Rakyat Malaysia sudah tentu tidak sabar melihat Bintang Paling Popular ABPBH 32 ini menjadi pasangan raja sehari dengan pilihan hatinya selepas digosipkan dengan beberapa pelakon popular seperti Zizan Razak dan Remy Ishak.

Kredit: Harian Metro & Instagram @mirafilzah

Read Previous

Adam Levine Kongsi Kesedihan Kehilangan Kelly

Read Next

Joe Flizzow, Marini Pilih Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *