Joe Flizzow, Marini Pilih Langkawi

Gara-gara COVID-19, ramai selebriti memilih untuk bercuti di lokasi-lokasi percutian menarik di dalam negara dan sejak akhir-akhir ini, Pulau Langkawi menjadi antara destinasi pilihan yang popular.

Penyanyi rap dan hip hop terkenal, Joe Flizzow juga tidak terkecuali, apabila memilih Langkawi sebagai destinasi bulan madu bersama isterinya, Marini Ramlan.

Pasangan ini memilih resort The Andaman yang terkenal dengan persisiran pantai yang cantik dan lokasi yang lebih privasi sebagai tempat penginapan mereka.

Joe dan Marini memuat naik IG story sekitar percutian bulan madu mereka menerusi akaun Instagram masing-masing dan kelihatan seronok berenang di dalam air laut yang biru dan juga menaiki jet ski.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut rapper yang digelar ‘Mr. President’ ini teruja apabila mengetahui penyanyi kegemaran mereka bercuti di Langkawi.

“Terbaik, sokong pelancongan tempatan,” puji seorang wargamaya.

“Sudah tentulah!” jawab Joe.

Terdahulu, Joe selamat bernikah dengan Marini pada 26 Jun lalu dalam satu majlis yang serba ringkas di ibu kota selepas menunda penikahan mereka yang sepatutnya berlangsung April lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

Where we go one, we go all. #17

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

Kredit: Astro Gempak & Instagram @flizzow & @ninimarini_

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Mira Filzah Bertunang Dan Bakal Kahwin Oktober

Read Next

BCL Abadikan Kenangan Bersama Arwah Suami Dalam ’12 Tahun Terindah’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *