Niki Minaj Sahkan Berbadan Dua

Bintang rap sensasi Nicki Minaj yang mendirikan rumah tangga dengan Kenneth Petty Oktober lalu selepas bercinta selama setahun, mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak pertama mereka.

Menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya, Minaj (37) memuat naik beberapa foto yang menunjukkan ‘baby bump’  untuk berkongsi kegembiraan yang dirasai dengan pengikut-pengikutnya.

“Preggers,” tulisnya dalam satu kapsyen.

“Cinta, perkahwinan, kehamilan. Rasa gembira dan syukur yang melimpah ruah.  Terima kasih atas semua ucapan selamat daripada anda,” katanya dalam satu entri lain.

Pemenang Anugerah Artis Hip Hop Perempuan Terbaik BET selama empat tahun berturut-turut ini pernah meluahkan hasrat di Twitter untuk berehat seketika dari kerjaya yang sedang melonjak naik bagi mendapatkan anak.

“Saya memutuskan untuk bersara dan memiliki keluarga.  Saya tahu anda semua gembira sekarang,” tulisnya.

Mei lalu Minaj seolah-olah mengiyakan spekulasi dirinya sedang hamil  apabila memaklumkan dia kerap muntah-muntah, pening dan membuang air kecil.

Suatu ketika dahulu, berita perkahwinan Minaj dan Petty menjadi kecoh kerana suaminya dikatakan seorang penjenayah dan pernah dipenjarakan atas kesalahan membunuh pada tahun 2006 tetapi ia tidak menghalang Minaj dari mengahwini Petty.

 

 

View this post on Instagram

 

#Preggers 💛

A post shared by Barbie (@nickiminaj) on

Kredit: Harian Metro & Instagram @nickiminaj

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

BCL Abadikan Kenangan Bersama Arwah Suami Dalam ’12 Tahun Terindah’

Read Next

Suami YouTuber Masakan Terkenal Di Reman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *