Suami YouTuber Masakan Terkenal Di Reman

M.Sugu, suami kepada YouTuber masakan terkenal, S Pavithra (28) dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh atas dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Menurut sumber, pasangan itu didakwa bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada Selasa ketika Pavithra melawat saudaranya yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Difahamkan suami mangsa menjadi berang kerana mangsa tidak menyebut namanya ketika menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh pada Isnin lalu.

“Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (Selasa) di mana lelaki itu mahu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

“Dalam keadaan mabuk, dia membuat panggilan telefon kepada adik isterinya untuk bertemu bagaimanapun panggilan itu tidak dijawab.

“Keadaan itu menyebabkan suspek memukul mangsa dan keluar untuk bertemu adik iparnya yang berada di sebuah hospital berikutan isterinya dirawat disitu,”katanya.

Menurut sumber itu lagi, pada 5.54 petang hari yang sama, pejabat pengawal keselamatan menerima panggilan telefon daripada seorang jururawat yang mendakwa ada melihat seorang lelaki mabuk membawa sabit.

Suspek dipercayai mencari adik iparnya susulan masalah keluarga berhubung isu kakaknya dipukul.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz yang mengesahkan kejadian itu.

Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Pavithra  yang turut berada di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi, dikatakan kelihatan gelisah dan tidak selesa menyaksikan suaminya di bawa ke mahkamah dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu.

Dia juga enggan memberi sebarang kenyataan kepada media yang menghampirinya di perkarangan mahkamah dan memilih untuk menunggu di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh saudara wanitanya.

Seorang saudara lelaki yang merangkap pengurus kepada YouTuber tersebut juga memberitahu pihak media supaya memberi ruang kepada pasangan terbabit untuk menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapi mereka.

“Mereka juga mungkin tidak akan muncul dalam sebarang program dalam tempoh beberapa minggu ini,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan ketika ditemui media di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.

Kredit: Harian Metro, BH Online, Astro Gempak & The Star

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Niki Minaj Sahkan Berbadan Dua

Read Next

Coach Yin Tayang Teman Wanita, Akhirnya Pilih Yang ‘Asli’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *