Jejaka bernama Mohd. Tishrin Mohd Adnan atau lebih dikenali sebagai ‘Coach Yin’ pernah menjadi bualan netizen apabila hubungannya dengan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat berakhir dengan penuh kontroversi awal tahun lalu apabila dia dikatakan memukul bekas kekasihnya itu.
Selepas hubungan mereka putus, Sajat mula menayang kekasih baru, seorang model dari Lubnan dikenali sebagai Jadooss dan usahawan kosmetik itu tidak segan silu berkongsi foto dan momen romantis bersama model tersebut di media sosialnya.
Walau bagaimanapun, semalam Coach Yin, menerusi akaun media sosial Instagramnya, memberi bayangan bahawa dia sudah pun ‘move on‘ dan sedang mengecapi alam bahagia bersama teman wanita baru yang dikenali sebagai Yeen.
Menerusi video yang dimuat naik Coach Yin, dia membuat kejutan kepada kekasih dengan membeli seutas jam tangan berjenama dengan alasan meminta tolong untuk memilih jam tersebut kononnya untuk dijadikan hadiah hari jadi adiknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dengan perkembangan terbaru Coach Yin dan berharap hubungan barunya dengan ‘wanita asli’ ini berakhir ke jenjang pelamin.
Namun demikian, ada sumber yang mengatakan Coach Yin sebenarnya telah lama mengenali teman wanitanya ini dan mereka sebenarnya pernah bercinta suatu ketika dahulu sebelum Coach Yin mengenali Sajat.
Apa-apa pun yang penting, hubungannya dengan Yeen mendapat restu ibu tersayang.
View this post on Instagram
doakn y baik2 ya …i miss you syg….sy sent gmbr ni dekat bonda sy..dia ckp. “manis orgnye🥰
Kredit: Instagram @coach_yin