Wawa Zainal Beri Keizinan Aeril ‘Dirikan Masjid’?

Sportingnya! Tapi sebelum netizen ingat pelakon popular, Aeril Zafrel ingin beristeri dua…sebenarnya, kali ini  pasangan selebriti, Aeril dan Wawa Zainal memasang hajat untuk mendirikan masjid di kampung halaman Aeril di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor tidak lama lagi.

Menurut Aeril, pembinaan masjid tersebut akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu Wawa Cosmetic iaitu set kosmetik Muslim dan Bukhari yang mengandungi dua lipstik (lip matte), set mekap dan wangian yang berharga RM79.90 setiap set.

“Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid.

“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan produk berkenaan,” katanya dipetik dari Harian Metro ketika pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alama (SACC).

Lebih menarik lagi, Aeril berkata bukan sahaja dia dan Wawa yang akan mendapat pahala kerana membina masjid, malah peminat yang turut membeli set tersebut secara tidak langsung turut menyumbang dan dapat mengumpul saham akhirat.

“Setiap orang yang membeli set produk Muslim dan Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya nama saya atau Wawa sahaja.

“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual.

“Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya lagi.

Kredit: Harian Metro, Instagram @aeril_zafrel & @w4w4_zainal

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Coach Yin Tayang Teman Wanita, Akhirnya Pilih Yang ‘Asli’

Read Next

S.Pavithra Tolak Kaunseling

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *