S.Pavithra Tolak Kaunseling

Kisah bintang YouTube popular, Sugu Pavithra menjadi perhatian masyarakat apabila baru-baru ini Sugu, suami kepada S. Pavithra ditahan reman dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas dakwaan mencederakan isterinya.

Baca: Suami YouTuber Masakan Terkenal Di Reman

Walau bagaimanapun, S. Pavithra menolak bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan bimbingan kaunseling berkaitan masalah rumah tangga yang dihadapinya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin berkata, perkara itu diakui sendiri oleh S. Pavithra ketika ditemui wakil JKM di kediamannya di Sungai Siput pada 22 Julai lalu.

“Pavithra mengatakan setakat ini beliau tidak memerlukan bantuan dan bimbingan serta yakin dapat menyelesaikan (masalah) dengan baik.

“Pegawai JKM Kuala Kangsar juga ada menghubungi pasangan itu dan dimaklumkan supaya mereka diberi ruang dan tidak mahu diganggu,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Menurut Dr Wan Norashikin lagi, pihak JKM tidak boleh memaksa pasangan itu untuk menerima sebarang bimbingan kaunseling tetapi akan sentiasa memantau keadaan dan bersedia menghulurkan bantuan bila-bila ianya diperlukan.

Untuk makluman, suri rumah berusia 28 tahun itu telah memaafkan suaminya dan memilih untuk tidak mendakwa M Sugu (29) kerana yakin mereka dapat menyelesaikan konflik rumah tangga yang dihadapi dengan baik.

Walau bagaimanapun, selepas insiden tersebut kesemua video masakan yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ yang mempunyai hampir 800 ribu pelanggan (subscribers) telah dipadamkan.

Kredit: Harian Metro

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Wawa Zainal Beri Keizinan Aeril ‘Dirikan Masjid’?

Read Next

Sophie Turner, Joe Jonas Teruja Sambut Kelahiran ‘Willa’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *