Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Selepas menanti dengan penuh debaran, akhirnya bintang filem antarabangsa, Sophie Turner selamat melahirkan anak sulungnya bersama suami, Joe Jonas pada 22 Julai lalu.
Walaupun kedua-duanya masih belum mengumumkan kelahiran cahaya mata mereka secara rasmi, wakil mereka mengesahkan perkara itu kepada E! News.
“Sophie Turner dan Joe Jonas dengan penuh kegembiraan mengumumkan kelahiran bayi mereka.”
Memetik laporan TMZ, bayi perempuan yang dilahirkan di sebuah hospital di bandaraya Los Angeles itu dinamakan Willa.
Terdahulu, pelakon popular menerusi drama bersiri Game of Thrones itu mengejutkan peminat apabila mengahwini Joe yang merupakan salah seorang anggota kumpulan The Jonas Brothers selepas selesai Billboard Music Awards 2019 pada Mei tahun lalu di Las Vegas, Nevada selepas berkenalan sejak 2016.
Sebulan kemudian, sebuah majlis resepsi yang lebih tradisional diadakan di Le Chateau de Tourreau di negara Perancis.
Kredit: E!News