Ara Adreanna, Nama Secomel Wajahnya

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang baharu sahaja melahirkan anak keduanya hasil perkongsian hidup dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz mendedahkan wajah dan nama puteri mereka itu menerusi satu entri di Instagram.

Cahaya mata perempuan yang dilahirkan 18 Julai lalu dinamakan Ara Adreanna dan sudah pun mempunyai akaun instagramnya sendiri di @aradreanna.

“Sangat berharga dan kecil…Selamat datang ke dunia, puteri kecilku @araadreanna.

“Menjadi ibu membuatkan saya sungguh penat dan sangat gembira! Saya rasa sangat bersyukur . Alhamdullillah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menerusi kemas kini Instagram itu, Bella memuat naik foto bersama kedua anaknya, Ayden dan Ara yang memakai baju yang sedondon dengannya.

Bella juga turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahit baju gaun berwarna hijau yang sedondon itu untuk puterinya pada malam sebelum sesi fotografi.

“Terima kasih mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot.

“Mama jahit pakai tangan je, so sweet of you,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Bella dan Aliff yang mendirikan rumah tangga pada  September 2016 dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun dan kehadiran puteri Ara Adreana melengkapi keluarga kecil ini.

Kredit: Instagram @bellaastillah

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Sophie Turner, Joe Jonas Teruja Sambut Kelahiran ‘Willa’

Read Next

“Saya Mampu Dan Saya Tak Perlukan Lelaki Untuk Tanggung Saya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *