“Saya Mampu Dan Saya Tak Perlukan Lelaki Untuk Tanggung Saya”

Selepas berpisah dengan bekas suami, pelakon Juvana, Adam Shahz pada Mei 2017, Fatin Afeefa (26) masih belum terbuka hati untuk berumah tangga.

Menurut ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata ini, perkahwinan menuntut pengorbanan dan dia lebih senang hidup sendirian dengan anak-anak sambil menumpukan perhatian terhadap mereka dan kerjayanya yang semakin naik.

“Buat masa ini, saya tak berminat mahu mendirikan rumah tangga.  Saya gembira dengan kehidupan hari ini kerana dapat fokus kepada kerja dan keluarga.

“Sekiranya berkahwin semula, saya kena fikir soal keperluan suami, makan minum dan kelengkapan.  Jadi, buat masa ini, saya gembira hidup sendiri.

“Ramai peminat menyuruh saya berkahwin, tetapi saya tak akan berkahwin untuk memuaskan hati orang.  Jika bahagia tak mengapa. Kalau merana, saya juga yang tanggung nanti. Jadi, tak perlulah saya mengikut kehendak sesiapa,” katanya dipetik dari BH Online.

Walau bagaimanapun, pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah Shamsudin ini tidak bebas dari kontroversi apabila dikatakan masih menyulam cinta dengan suami orang yang bukan beragama Islam yang menanggung kehidupan mewahnya.

Namun, gosip itu ditepis oleh pelakon drama bersiri The Gadis itu yang mengatakan dia mampu menyara dirinya sendiri dan tidak perlukan lelaki lain dalam hidupnya semata-mata untuk menampung kehendaknya.

“Prinsip hidup, tak perlu fikir apa orang nak cakap.  Saya tak perlukan lelaki dalam hidup.  Walau tanpa kehadiran lelaki sekali pun, saya masih mampu menikmati kemewahan dengan cara tersendiri.

“Jangan dekati saya kerana tak suka orang mendekati.  Jika ada yang mengatakan saya ‘high maintenance’, saya tak suruh pun orang jaga saya.

“Saya hidup mewah sebab saya bekerja.  Saya mempunyai beberapa kontrak jangka masa panjang, jadi apa alasan tidak mampu pakai apa yang ingin dipakai? Saya mampu dan saya tak perlukan lelaki tanggung saya,” katanya lagi.

Fatin yang baru dilantik menjadi salah seorang duta produk jenama Brazil, Havaianas di samping pelakon Nelydia Senrose, turut dilihat mempromosi beberapa produk lain seperti Huawei, SugardollbyNN dan Hada Labo.  Jadi tak mustahil lah bila Fatin kata dia boleh hidup senang kerana susah payah mencari rezeki halal. Betul tak?

Sekadar info, Fatin mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian dari perkahwinannya yang pertama, dan Ivy Herra Sophia melalui perkongsian hidupnya bersama pelakon Adam Shahz yang dikahwini pada 2013.

Fatin dan bekas suami, Adam Shahz ketika masih bahagia.  – Foto ihsan Rotikaya

 

Kredit: BH ONline & Instagram @fatinafeefa

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Ara Adreanna, Nama Secomel Wajahnya

Read Next

Mat Dan Gembira Bakal Terima Ahli Keluarga Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *