Mat Dan Gembira Bakal Terima Ahli Keluarga Baru

Pengacara popular berbangsa Inggeris yang fasih bertutur dalam loghat Terengganu, Daniel Tyler atau lebih dikenali sebagai Mat Dan berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tahun ini.

Anak kelahiran Bristol, England ini membuat pengumuman tersebut melalui kemas kini akaun Instagram miliknya.

“Salam Aidiladha semua!

“Di sini jugak kita gembira untuk berkongsi berita yang kami bakal menimang seorang ahli keluarga baru.

“Insya-Allah pada penghujung tahun ini.  Doa yang baik-baik saje,” tulis pengacara Mat Dan Kaki Jalan itu sebagai kapsyen.

Hasil perkongsian hidup  Mat Dan dan isteri, Nadifa Adnan yang berasal dari Bukit Chendering, Terengganu mereka dikurniakan seorang  cahaya mata bernama Muhammad Zayne Tyler yang kini berusia 2 tahun.

Kredit: Instagram @mat_dan1, dan Astro Gempak

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Saya Mampu Dan Saya Tak Perlukan Lelaki Untuk Tanggung Saya”

Read Next

“Takkan Ada Aku Tanpa Kamu…” – Aaron Aziz Bagi Ucapan Manis Buat Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *