“Takkan Ada Aku Tanpa Kamu…” – Aaron Aziz Bagi Ucapan Manis Buat Isteri

Hari ini, genap 17 tahun usia perkahwinan pelakon popular, Datuk Aaron Aziz bersama isteri, Datin Diyana Halik.

Walaupun sudah 17 tahun melayari bahtera, hubungan Aaron dan isteri sentiasa kelihatan romantik dan saling menyayangi  seperti pasangan yang baru berumah tangga.

Pelakon yang popular menerusi filem KL Gangster dan Ombak Rindu ini mengambil kesempatan itu untuk menulis kata-kata romantis dan syukur terhadap isteri di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah TabarakAllah Syukur kepada Allah.  17 tahun sudah perkahwinan kita.

Terima kasih Dar Diyana Halik kerana menyayangiku, menjadi mata ketika diriku tidak dapat melihat. Membuka bibirku ketika diriku tidak mampu bernafas. Terima kasih kerana menyayangiku (Bon Jovi).

“Semoga Allah sentiasa memelihara keluarga kita.  Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-17 Dar.  Kamu adalah teman baik, orang yang dipercayai dan separuh nyawaku.  Takkan ada aku tanpamu.  Saya cinta kamu Dar Dar,” tulis Aaron di entri tersebut.

Memetik Harian Metro, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga berkongsi tips mengekalkan kebahagian dalam hidup berumah tangga.

“Sebagai suami isteri kena saling bertolak ansur dan berkomunikasi.  Dalam perkahwinan, masing-masing ada angin sendiri, tapi isteri saya banyak mainkan peranan penting.

“Dia sentiasa bagi semangat dan ‘padamkan api’.  Dalam erti kata lain keduanya perlu saling memahami.  Rumah tangga adalah kebersamaan.  Paling penting, apabila suami dapat isteri sabar dan selalu memaafkan, jangan pula ambil kesempatan,” katanya.

Hasil perkahwinan selama 17 tahun itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Danish Anaqi yang berusia 16 tahun dan dua anak perempuan, Dwi Ariana yang berusia 14 tahun dan yang paling bongsu berusia 10 tahun, Dahlia Arissa.

Kredit: Harian Metro dan Instagram @aarondwiaziz

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Mat Dan Gembira Bakal Terima Ahli Keluarga Baru

Read Next

Dapat Gambar Lucah Daripada Peminat, Hun Haqeem ‘Buat Bodoh’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *