Dapat Gambar Lucah Daripada Peminat, Hun Haqeem ‘Buat Bodoh’

Hun Haqeem, pelakon yang mula popular menerusi watak Jakfer dalam drama bersiri ‘Kampung People’ mendedahkan dirinya menerima gangguan yang berunsur lucah dari peminat.

Bukan sahaja daripada peminat perempuan, malah ada juga gangguan tersebut yang datang dari kaum lelaki!

Namun demikian, Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy (22) mengambil pendekatan berdiam diri walaupun merasakan perbuatan peminatnya itu keterlaluan.

“Ada yang menghantar gambar lucah.  Perempuan ada, lelaki pun ada. Pengurus saya pula diganggu dengan panggilan video oleh mereka yang ingin bercakap dengan saya.

“Saya tak boleh nak halang, kalau orang tu nak buat, walau apa yang saya katakan pun, mereka tetap akan buat.  Apa yang saya boleh lakukan pun?

“Saya hanya buat bodoh sahaja.  Setiap kali perkara terbabit terjadi kepada saya, perkara terbaik yang boleh saya buat adalah untuk tidak melayan mereka,” katanya.

Malas untuk memanjangkan cerita, Hun memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka kerana menurutnya orang sebegini sebenarnya meminta perhatian.

“Mereka suka sebab kita dah beri perhatian kepada mereka dan lagilah mereka akan buat. Jadi lebih baik saya diam dan buat bodoh,” katanya lagi.

Sebagai peminat, cukuplah kalau kita sekadar menyokong kerjaya pelakon kegemaran kita. Tak perlulah sampai kacau mereka dan berbuat perkara-perkara tak senonoh. Tak malukah?

Kredit: Gempak

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

“Takkan Ada Aku Tanpa Kamu…” – Aaron Aziz Bagi Ucapan Manis Buat Isteri

Read Next

Kisah Lalu Jadi Pengajaran, Alya Iman Sudah ‘Move On’ Dengan Teman Sekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *