Kisah Lalu Jadi Pengajaran, Alya Iman Sudah ‘Move On’ Dengan Teman Sekerja

Nama Alya Iman menjadi sebutan sejak bulan lalu kerana terpalit dengan  kontroversi bercinta dan seterusnya bertunang dengan seorang usahawan yang berstatus suami orang.  Perkara ini menjadi menjadi buah mulut netizen apabila ianya didedahkan oleh isteri kepada lelaki tersebut di media sosial.

Alya yang berusia 19 tahun menerima kecaman dari netizen kerana dilabel perosak rumah tangga lebih-lebih lagi kerana usianya yang masih mentah dan mempunyai perjalanan yang masih jauh di dalam hidup dan kerjayanya sebagai bakat baharu dalam industri seni lakonan.

Walau bagaimanapun, Alya telah memutuskan pertunangan tersebut apabila mendapat tahu perhubungannya tidak direstui oleh isteri bekas tunangnya itu.

Tidak mahu lagi mengenang episod yang lalu, anak kepada aktor lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha mengesahkan kini telah menemui cinta baharu dengan seorang duda kepada dua orang anak bernama, Ridhwan Rosli.

“Ya, kami sedang menjalinkan hubungan.  Ridhwan sudah memiliki dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan terdahulu.

“Tidak dinafikan, kebimbangan kontroversi lalu memberi impak kepada hubungan pada masa depan tetap ada, tetapi saya reda dengan apa sahaja rintangan mendatang,” katanya kepada BH Online.

Namun demikian, Alya mendakwa, bekas tunang tidak berpuas hati dan menghantar mesej kepadanya. Bukan itu saja, lelaki itu juga pernah menghantar mesej kepada kekasihnya menerusi Instagram.

“Saya minta Ridhwan tidak menghiraukan mesej yang diterima.

“Bekas tunang juga ada menghantar mesej bernada agresif kepada saya, Jun lalu, tetapi saya tidak melayannya.  Saya beranggapan segala-galanya sudah selesai.

“Cuma, saya sedang cuba mendapatkan pasport saya yang masih dalam simpanannya,” kata pelakon drama Senafas Rindu itu.

Mengulas mengenai kekasih baharunya, Alya berkata pada mulanya perhubungan mereka sekadar rakan sekerja, tetapi menjadi semakin rapat sejak kebelakangan ini.

Alya menyedari kesilapannya yang lalu dan menjadikan kontroversi yang tercetus sebagai pengajaran berharga buatnya.

“Saya faham situasi berlaku dan amarah sesetengah netizen terhadap kesilapan yang dilakukan.  Saya terima nasihat, kecaman dan ‘provokasi’ yang dilemparkan netizen dengan hati yang terbuka,” katanya yang bekerja di bahagian komunikasi korporat di sebuah syarikat swasta.

Semoga perhubungan baharu ini berkekalan hendaknya. Apa-apa pun jangan caras suami orang ya dik?

Kredit: BH Online & Instagram @alyaimn

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Dapat Gambar Lucah Daripada Peminat, Hun Haqeem ‘Buat Bodoh’

Read Next

Lara Alana Bakal Jadi Kakak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *