Lara Alana Bakal Jadi Kakak!

Gembiranya tengok reaksi Lara Alana, anak kepada pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya apabila membuat pengumuman bakal menjadi kakak tak lama lagi.

Menerusi video yang dimuatnaik Awal dan dikongsi oleh Scha, Lara dengan penuh teruja berkata “Yes! Mommy is pregnant!”.  Pengumuman itu dibuat sempena hari kelahiran Awal yang ke-39  semalam.

Menurut Awal, kandungan Scha kini berusia empat bulan dan meminta doa dari semua supaya Scha dan anak yang bakal dilahirkan sihat dan semoga kehamilan ini dipermudahkan.

“Assalammualaikum wbt.  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

“Tidak ada hadiah yang lebih bermakna dihari lahir saya selain daripada berkongsi kegembiraan ini dengan semua.

“Kami menanti kehadiran anak kedua dan  InshaAllah kini kandungan Scha sudah masuk empat bulan.

“Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani proses kehamilan dengan sempurna.

“Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. SchAwaLara,” tulisnya di kapsyen.

Awal juga sempat mendedahkan Scha berada di dalam fasa ‘benci’ dengan telefon bimbit dan  sempat berseloroh yang Scha juga kadang-kadang membencinya juga. Pembawakan budak agaknya!

Ruangan komen entri tersebut dihujani ucapan tahniah dari teman selebriti dan juga peminat-peminat keluarga Awal, Scha dan Lara.

Sekadar info, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan permata hati yang petah bercakap, Lara Alana, kini berusia enam tahun.

Dalam pada itu, sempat juga ‘kakak’ Lara memberitahu umum yang dia bakal mendapat adik lelaki! Apa-apa pun kita doakan semuanya selamat ya?

Kredit: Instagram @schaalyahya

 

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Kisah Lalu Jadi Pengajaran, Alya Iman Sudah ‘Move On’ Dengan Teman Sekerja

Read Next

Aisha, Penyeri Hidup Fasha Dan Aidil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *