Aisha, Penyeri Hidup Fasha Dan Aidil

Pelakon jelita, Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat, hari yang mulia ini pada 10.14 pagi tadi secara pembedahan.

Menerusi kemas kini di akaun Instagram milik Fasha, bayi tersebut dinamakan ‘Aisha’.

“Assalamualaikum dunia.  Hari ni hari pertama Aisha ke dunia ni Hari Jumaat 7.8.2020.

“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat Aisha, ibu dan seluruh keluarga.

“Terima kasih Team Dato Dr Rafi daripada UMRA Medical Centre yang menjaga Aisha dan ibu dengan baik.  Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua,” tulis Fasha sebagai kapsyen.

 

Berita awal kelahiran Aisha diumumkan oleh suami Fasha, pelakon Aidil Aziz yang sangat teruja dengan kelahirannya anaknya yang pertama sampai sanggup bercuti sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha berpantang.

Sekadar info, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan ini merupakan perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua buat Fasha.

Hasil perkahwinannya yang terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli yang berakhir pada 2016,  Fasha mempunyai sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli (7) dan Putri Raysha Jemima (6).

 

Kredit:  Instagram @fashasandha &  @itsaidilaziz

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Lara Alana Bakal Jadi Kakak!

Read Next

Simon Cowell Jalani Pembedahan Selepas Jatuh Basikal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *