GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Penerbit televisyen dan bekas juri Americon Idol, Simon Cowell ditimpa kemalangan setelah terjatuh dari basikal elektrik semalam sehingga terpaksa menjalani pembedahan akibat keretakan serius pada bahagian belakang.
Pembedahan tersebut mengambil masa beberapa jam kerana pakar terpaksa memasukkan besi pada bahagian belakang Cowell.
Menurut jurucakap bagi pihak Cowell, ketika insiden itu berlaku Cowell ada bersama anaknya, Eric yang berusia 6 tahun.
“Simon mengalami keretakan di beberapa bahagian badan belakangnya sewaktu melakukan pandu uji sebuah basikal elektrik di laman rumahnya di Malibu.
“Dia serta-merta dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan sepanjang malam, semalam. Dia kini di bawah pengawasan dan keadaannya agak baik,” kata jurucakap wanita itu.
Cowell, pasangan Lauren Silverman dan anak mereka Eric sering kelihatan berbasikal bersama-sama di sekitar Malibu untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat.
Menerusi kemas kini di Instagram, Cowell mengesahkan bahawa sebahagian belakangnya retak kerana insiden kemalangan tersebut dan menitip nasihat buat pengikutnya supaya membaca manual basikal elektrik sebelum menunggangnya buat pertama kali.
Kredit: Harian Metro & Instagram @simoncowell