GOGOPASAR Sumbang 5 Tan Ayam Segar Kepada Mangsa Banjir di Pahang.
Bapa pelakon, pelawak dan pengarah popular, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan bin Abu Bakar meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, Kuala Lumpur jam 2.57 pagi tadi.
Berita yang mendukacitakan itu dikongsi Afdlin menerusi satu entri di akaun Instagramnya awal pagi tadi dan meminta orang ramai supaya menitipkan doa buat Allahyarham.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami Aksan Abu Bakar sudah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa, 11 Ogos 2020, pukul 2.57 pagi di PPUKM, KL.
“Sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman,” tulisnya sebagai kapsyen.
Afdlin (49) juga mengakui akan merindui senyuman ceria bapa tercinta yang mampu membuat sesiapa sahaja berasa tenang dan ceria.
Pelakon filem Papadom itu juga meminta sesiapa yang mengenali arwah bapanya untuk memaafkan arwah atas apa jua kesilapan yang pernah dilakukan.
“Bapaku yang tercinta, dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan dia pernah lakukan kepada sesiapa yang mengenalinya.
“Tolong ampunkan ya! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa. Al-fatihah, I love you papa…Assalamualaikum,” katanya.
Ruangan komen entri tersebut dibanjiri ucapan takziah dari rakan selebriti dan orang ramai kepada Afdlin dan keluarga ke atas kehilangan bapa dan suami tersayang. Allahyarham mempunyai dua orang isteri dan merupakan bapa kepada 10 orang anak.
Kredit: Harian Metro & Instagram @afdlinshaukiofficial