Kelly Clarkson Berlatih Cakap British Untuk Ganti Simon Cowell

Penyanyi popular dan pemenang rancangan realiti televisyen American Idol musim pertama, Kelly Clarkson mengumumkan akan mengambil tempat penerbit, Simon Cowell sebagai salah seorang juri di program America’s Got Talent (AGT) buat sementara waktu selepas kemalangan jatuh dari basikal elektrik baru-baru ini.

Clarkson membuat pengumuman tersebut menerusi perkongsian di Instagramnya.

“Sahabat saya, Simon Cowell kini beransur pulih dari kemalangan, namun dia tidak dapat tampil di siaran langsung AGT pada Selasa dan Rabu.  Walau apapun, warga America tak perlu risau kerana seorang yang jauh lebih bijak, hebat dan seksi mengambil alih kerusinya! Kelly Clarkson yang luar biasa. Terima kasih!” tulisnya secara berseloroh.

 

View this post on Instagram

 

URGENT MEMO…. from yours truly! 😜 @AGT @SimonCowell #AGT

A post shared by Kelly Clarkson (@kellyclarkson) on

Clarkson yang juga terkenal dengan sikap suka berjenaka itu juga cuba berlatih melontarkan komen seperti Cowell di dalam loghat Inggeris British menerusi kemas kini di Instagram miliknya.

 

Terdahulu, Cowell dikatakan berada di bilik pembedahan selama enam jam dan besi terpaksa dimasukkan di bahagian belakangnya akibat keretakan serius yang dialami selepas terjatuh dari basikal elektrik.

Baca: Simon Cowell Jalani Pembedahan Selepas Jatuh Basikal

Kredit: Harian Metro & Instagram @kellyclarkson

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Read Next

“Kurang Mesra Tapi Bukan Kurang Ajar” – Ben Amir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *