“Kurang Mesra Tapi Bukan Kurang Ajar” – Ben Amir

Aktor kacak dan pemilik nama penuh Muhammad Amir Sabaruddin atau lebih dikenali sebagai Ben Amir (30) berkata dia mempunyai alasan tersendiri apabila dikatakan bersikap dingin dan sombong dengan segelintir pihak.

Populariti Ben melonjak naik selepas membintangi drama rantaian Sweet Dreams di samping Mira Filzah berkata bukan niatnya untuk bersikap sedemikian tetapi mengakui mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang lain.

“Saya memang kurang mesra, tapi saya bukan seorang yang kurang ajar,” kata Ben dipetik dari Harian Metro.

Adik kepada pelakon popular, Lisa Surihani itu dikatakan memilih bulu apabila sukar untuk bekerjasama dengan segelintir wartawan dan sikapnya yang dingin itu menjadi bualan di kalangan penggiat seni hiburan tanahair.

Ben bagaimanapun menepis dakwaan ini dan sebaliknya berkata dia tidak sempat untuk melayan setiap mesej yang diterima, lebih-lebih lagi mesej yang melontarkan soalan peribadi.

“Saya tak memilih bulu dan tak pilih mana-mana wartawan untuk ditemubual.  Ada mesej daripada wartawan yang saya tak sempat nak layan kerana setiap hari banyak mesej masuk ke telefon saya.

“Saya boleh berikan kerjasama kepada media, tetapi saya lebih terbuka untuk bercerita mengenai kerjaya saya berbanding perkara peribadi,” katanya lagi.

Perkembangan terkini, Ben turut membintangi filem TV (FTV) berjudul Aku, Bunga di samping penyanyi Naim Daniel dan Bunga.

Kredit: Harian Metro & Instagram @benamirr

0 Reviews

Write a Review

Read Previous

Kelly Clarkson Berlatih Cakap British Untuk Ganti Simon Cowell

Read Next

Lee Min Ho Ambil Tindakan Terhadap Pembuli Siber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *