Duit Lesap, Barang Tak Dapat! Penipuan Atas Talian Makin Menjadi-jadi
Selepas ini, netizen tidak boleh lagi sewenang-wenangnya meninggalkan komen berbaur negatif terhadap pelakon popular Korea, Lee Min Ho jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa
Memetik laporan Soompi, pihak pengurusan pelakon itu, MYM Entertainment telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bersalah.
Dalam pada itu, mereka juga telah melantik sebuah firma guaman untuk mengumpul maklumat dan bukti terhadap netizen yang bersalah untuk dibawa ke muka pengadilan.
“Kami dapati banyak komen yang menyentuh isu peribadi, gangguan seksual dan ada gosip liar.
“Kami dari firma guaman LIWU yang dilantik, kini dalam proses mengumpul maklumat mereka yang meninggalkan komen-komen negatif itu,” kata wakil dari firma guaman tersebut.